//AnasCheOmar

lagi lagi lagi
Friday, February 17 | 15:05 | 0 ChickyCherry
assalamualaikum :)
Semalaman Faizal fikir akan hadiah misterinya itu. kelas petang semalam yang dihadirinya tidak dapat di fokuskan sepenuhnya. Faizal masuk ke kelas hari ni awal berbanding rakan-rakannya. mungkin kerana dia puasa sunat, jadi tidak perlu menghadirkan diri ke Dewan Makan seperti rakan-rakannya yang lain. tapi tanpa diduga, dia menerima lagi hadiah misteri. 'Agaknya Secret Admire aku ni dah miskin kot. kelmarin jambangan bunga, semalam sekuntum, hari kotak je. aish, tapi tetap ada kad'. getus hati Faizal apabila bijak meneka hadiah itu dari 'Secret Admire'nya. tetapi, pelik kerana kali ini hanya kotak kosong, dan masih tersemat kad putih bertulisankan 'Y' hitam diatasnya. tidak semena-mena, kotak itu juga berbalutkan pembalut putih. 'Bro!' Zul menepuk bahu rakan sebelah mejanya itu. 'Ya Allah. hoi kau ni. cuba lah ketuk pintu bilik tu ke, terkejutlah aku do. kau ni nak aku cepat mati ke apa?'. Faizal bagaikan dipetir halalintar. 'Opps, sorry bro sorry. assalamualaikum. sorry lah bro. aku kesian tengok kau termenung dengan hadiah 'Misteri' kau tu. Secret Admire lagi ke bro?'. Zul mengangkat keningnya menghala ke Faizal. 'Waalaikumsalam. entahlah. aku makin pening lah fikir benda alah ni. naik gila aku dan paksa aku ternanti-nanti apa sambungannya. sekarang ada tiga kad putih, dengan tulisan, S, A, Y.. kalau kau pun mesti nak tunggu kan apa lagi hurufnya, betul tak bro?'. Faizal makin berserabut fikirkannya. 'Sabar la bro. ujian nak SPM ni. sabar sikit okay?'. Zul mententeramkan rakannya. 
Rakan-rakan sekelas yang lain sudah mula masuk ke kelas tambahan petang yang di adakan. 'Assalamualaikum Faizal. awak puasa ya hari ni?'. Suara manja yang memang sangat dikenali Faizal, iaitu Irah. sambil duduk dihadapan Faizal sambil merenungnya. 'Waalaikumsalam Irah. ha'ah, saya puasa sunat hari ni. adik saya menghadapi UPSR'. jawab Faizal bagaikan mahu tidak mahu sahaja. 'Ohh, patutlah tak nampak awak dekat DM(dewan makan) tadi'. Irah masih tidak bergerak dan mengukir senyuman. 'Irah, cikgu dah sampai tu, balik ke tempat duduk awak Irah'. Faizal mengarah dengan nada rimasnya apabila Irah hadir mengganggunya.'Baiklah. study smart tau wak'. Irah bangun lalu senyum dengan indah sekali. 'Ish, nasib baik kau comel Rah, kalau tak, aku tengking kau dekat kelas ni'. kata hati Faizal. Faizal tidak pernah menipu dirinya untuk mengatakan Irah sememangnya comel. lagi-lagi apabila mengukir senyuman dengan lesung pipit yang berada dipipinya. namun, bagi Faizal, cinta itu akan hadir sendiri. 
'PAKSA DIRI UNTUK MENCINTAI SESEORANG ADALAH DURI, TAPI BILA DURI ITU MENUSUK HATIMU, RASAKAN SAMADA IANYA DURI LEMBUT, ATAUPUN KASAR. JIKA KASAR, CABUTKANLAH, BUANGKANLAH. JIKA LEMBUT, JAGALAH DENGAN BAIK'. kata-kata arwah ibu angkat Faizal sememangnya sukar dilupakan sehingga ke gini hari..
bersambung..
happy reading. hope boleh terima ea.. sayang uollss! <3. *aku lagi sayang lebih kat Caca. hehe.
ADIOS :)

Older Post | Newer Post
The Webmaster



About me? Haha , okay.
Saya Anas Che Omar. Anas je. senang kan? simple and tak boleh nak lupa nama tu. See my blog and follow! :)

Navigations

Entries About Links

FanPage


Tagboard



Credit

Template by: Jiejiefreaky
Pictures: Weheartit
Background: Google
Cursor: cursors-4u.net
Best View: Google Chrome