//AnasCheOmar

gembira
Monday, March 5 | 13:55 | 0 ChickyCherry
assalamualaikum :)
'hai Faizal' sapa Irah sambil duduk di depan Faizal. 'hai Irah. eh, thanks tau pasal suprise party tu. saya betul tak sangka awak boleh buat macam tu walaupun saya ni tak layan awak dengan baik'. Faizal bagaikan rasa bersalah kerana dia tidak sangka yang Irah sanggup melakukan sebegitu walaupun dirinya tak layan Irah seperti kawan yang lain. 'alahai awak ni. saya tahu awak pun tak suka perangai saya yang suka ganggu awak. takpe, saya tak ambik hati pun. kalau awak boleh berborak macam ni pun, saya dah cukup gembira'. Irah senyum sambil menjaga hati Faizal. 'sebenarnya, awak ni baik lah Irah. saya je yang bongkak taknak layan awak. awak nak berkawan je kan? sorry Irah. saya tak berniat pun nak hindarkan awak'. Faizal betul-betul berasa bersalah terhadap Irah. dia terus melupakan kerja melukisnya itu dan fokus untuk berborak bersama Irah. bagi dirinya, melukis itu hobi je, tak penting sangat berbanding dengan orang yang baik hati di hadapannya ini.
'Faizal, dah lah tu. saya gembira sangat sekarang ni sebab awak dah nak cakap dengan saya. hehehe. Faizal, saya nak sangat kawan dengan awak. saya suka cara awak bergaul, berkawan dengan semua orang. awak lain dari lain. awak lain dari Zul, lain dari Ajam, lain dari Daus. tu yang suka nak berkawan rapat dengan awak. tapi awak jangan fikir saya desprate pulak. hehe'. Irah menerangkan niat dia yang ingin berkawan sahaja.. 'Irah, saya tak fikir macam tu lah. saya tahu niat awak nak kawan. saya yang fikir lain dulu. hari ni, saya dah boleh terima awak. Irah, saya nak tanya awak boleh?'. Faizal bagaikan orang asing nila berhadapan gadis comel ini. 'haih Faizal. tanya jela'. Irah membenarkan. 'kenapa awak masa kat kantin semalam, keadaan awak macam tak sihat je? demam ke wak?' Faizal agak takut ingin menanya tapi dia terpaksa untuk kepastian. 'ohh, yela wak. saya demam sikit. ni badan masih panas sikit. tapi elok demam sekarang sebab nant kalau demam nak SPM, lagi susah kan? betul tak wak?'. Irah melemparkan senyuman walaupun dia tahu dia terpaksa berbohong dengan Faizal. 'patut lah. saya tengok awak macam penat sangat, then muka pucat je. nanti balik ni, awak rehat okay?. jangan main-main tau'. Faizal terus menasihatkan diri Irah. dia bagaikan makin selesa untuk rapat dengan Irah. Faizal suka berkawan dengan Irah dan akan terus kekalkan keadaannya begini. tetapi, berbeza dengan Irah. dia kalau boleh tidak mahu Faizal tahu akan penyakitnya. dia mahu Faizal fokus untuk SPM. 'aku pun tak lama lagi dah. Ya Allah, kau beri kehebatan untuk Faizal dan kejayaan yang menggunung. amin'. Irah berkata dalam hati..
bersambung...
hai guys, sorry lambat update. aku harap korang happy. to caca, teruskan hidup kay. ada jodoh, tak kemana :')

Older Post | Newer Post
The Webmaster



About me? Haha , okay.
Saya Anas Che Omar. Anas je. senang kan? simple and tak boleh nak lupa nama tu. See my blog and follow! :)

Navigations

Entries About Links

FanPage


Tagboard



Credit

Template by: Jiejiefreaky
Pictures: Weheartit
Background: Google
Cursor: cursors-4u.net
Best View: Google Chrome