N
Saturday, March 3 | 12:10 | 0 ChickyCherry
Assalamualaikum :)
malam yang tidak keruan bagi diri Faizal. dia tidak terkejut menerima hadiah huruf A itu, tetapi dia tidak percaya bahawa Irah tidak sepetah sebelum ini. 'mungkin dia tidak sihat rasanya', kata Faizal dalam hati. 'Jal! bukak pintu Jal!' jerit Zul dari luar bilik. 'Ish, sabar sabar!'. Faizal terus membuka pintu. 'fuhhh! lega sikit kau dah bukak pintu. apa pasal hang bukak pintu lambat? kau nak tahu, aku nampak hantu Jal! HANTU!!. Ya Allah, meremang bulu roma aku Jal. dah lah dekat pukul 1 pagi ni..
'hoi! kau ni. mulut tak jaga ye? mana ada benda-benda macam tu. takdelah. kita dah lama kat sekolah ni, takde pape'. Faizal menenangkan dirinya dan diri Zul. 'betul la Jal, aku tak tipu. takut gak aku. first time jadi macam ni kat aku'. Zul tidak mampu bertahan lagi. dia terbaring di katil. 'ha, dah! kau tido lagi bagus. rehatkan diri. kau ni menakutkan aku je' Faizal juga tidak tahan untuk menanti lama. dia juga ingin tidur. 'okay bro. ha Jal, tu ada kotak untuk kau. pening aku. mula-mula, aku nampak kotak tu, then aku ternampak benda tu. ish, takut lah. kau check lah sendiri'. Zul menerangkan sambil menutup lampu bilik. hanya lampu meja Faizal hidup. 'ape lagi ni? kotak lagi. ish, pening lah'. rungut Faizal sambil membuka kotak itu, dan muncul lah huruf N dan surat tulisan tangan...
mesti tertunggu kan? saya mintak maaf. saya cukup gembira jika awak mampu tersenyum walaupun sesaat kepada saya. semoga awak tidak pernah lupa akan saya yang sama sehingga akhir hayat. patah tumbuh, hilang berganti.
bersambung..
hehe. sorry guys lambat sambung sebab internet rosak,, haha. so, happy reading.. :D